SSH_Page_1


SSH TEXTILE

ABOUT OUR INDUSTRY.

SSH TEXTILE'S Owner Sally speaking about Pemborong Kain industry.



How i started textile business, And How to solved Business problems.




There is always an opportunity in a crisis(risk).
Everyone says it's a difficult time, but someone achieves faster growth and becomes a leader in a new market.



5IMG_7660IMG_7664IMG_7675


SSH TEXTILE is Since 1982.

"Pemborong Kain dari KOREA. We are carrying Higher Quality and Limited Edition Printed and Unique Color. SSH TEXTILE since 1982 year established, before is Entrepreneur 1968 year. Now Owner is 3rd Generation in TEXTILE Industry Experience."


TAWAR VARIASI REKAAN FABRIK TERKINI Dunia fesyen kini bagaikan tidak berpenghujung. Saban hari, rekaan terbaru muncul bagai cendawan tumbuh. Pereka fesyen juga makin giat memerah otak untuk mencari ilham yang menepati citarasa pelanggan. Di sebalik gahnya sesuatu rekaan itu, material terbaik adalah lembaran fabrik yang digunakan. SSH Textile sudah mula menapak nama sejak tahun 1982 lagi. Kini, mereka semakin aktif dengan koleksi fabrik lebih banyak dan mengikuti peredaran zaman. Bertempat di Taman Shamelin, Kuala Lumpur, gudang SSH Textile tersergam. Gudang mengumpul ratusan gulung fabrik menjadi tumpuan ramai pelanggan setianya. Malah, SSH Textile tidak sunyi dari menerima pelanggan baru dari serata Malaysia. “SSH tidak pernah ketinggalan mengeluarkan fabrik dari corak dan material terkini untuk menembusi pasaran lebih luas. Malah, sebagai pemborong fabrik, kami sentiasa menjaga kualiti produk yang dihasilkan. Selain itu, SSH juga mengeluarkan produk dalam kuantiti kecil agar kualitinya lebih mudah dijaga dan tidak ‘merosakkan’ keeksklusifan fabrik berkenaan.” Kata Sally Goh, Pengerusi SSH Textile. “Hampir enam tahun menjadi nakhoda SSH, kami kini memberi tumpuan lebih kepada pasaran orang Melayu. Jika sebelum ini kami banyak memberi tumpuan kepada pelanggan dari golongan Cina tetapi mengikut peredaran semasa, permintaan fabrik ke atas rekaan dress dan tudung semakin meningkat. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, kami menawarkan fabrik seperti lycra dan sifon berpermata lebih banyak berbanding dulu.” Istimewa SSH Textile Mewarisi perniagaan keluarga, Sally sentiasa menjaga hati pelanggannya. Sebagai pengganti generasi ketiga, Sally ingin membawa nama SSH Textile lebih jauh dan meluaskan empayar perniagaannya. “Kami mensasarkan untuk menakluki pasaran di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Malah, sekarang juga kami sudah ada pelanggan tetap di Sabah dan Sarawak. Untuk memudahkan pelanggan, kami menawarkan penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur termasuk Puchong dan Kajang. Jika berlakunya kerosakkan, kami akan menggantikannya dengan yang baru tetapi pelanggan perlulah jujur.” “Sebagai pemborong, kami menjual kepada pelanggan gulung demi gulung. Kuantiti segulung fabrik juga tidak banyak supaya kualitinya dapat dipelihara. Setiap kali ada rekaan fabrik terbaru, kami sediri akan menghubungi pelanggan supaya mereka dapat mengetahui apa yang terkini di gudang. Hubungan baik di antara pelanggan sangat dipelihara agar kami dapat menjalin hubungan perniagaan untuk jangka masa panjang. Malah, kami juga bersedia menerima idea dan pendapat mereka dari segi corak dan jenis fabrik. Ada juga pelanggan yang meminta kami mengikut kehendak pelanggan mereka seperti kain custom-made. Dari idea itu, kami akan menyampaikan informasi kepada pereka di Korea untuk menepati citarasa rakyat Malaysia. Ada juga rekaan yang datangnya dari pasaran Korea dan dibawa ke Malaysia.” Lembaran fabrik SSH Meninjau ke kilang SSH Textile di taman Shamelin itu tersusun gulungan fabrik aneka corak dan material. Namakan apa sahaja, fabrik kapas, sifon, sifon crepe dan lace, semuanya ada di sini. Harganya juga berpatutan. Penjualan fabrik lycra paling mendapat sambutan kerana permintaan keatasnya meningkat. Untuk membolehkan pelanggan membuat pilihan lebih banyak, kami mencari lebih banyak idea untuk rekaan corak. Tetap, kami tetap menjaga kualiti dan kuantiti yang dihasilkan juga terhad ubntuk menjaga exclusivity pelanggan. Kuantiti yang sedikit membuatkan penjualannya lebih cepat dan kami juga boleh menawarkan corak lebih terkini kepada mereka. “Sifon crepe juga menjadi pilihan kami di sini kerana ianya lebih unik dan cantik berbanding yang lain. Terbaru, kami memperkenalkanlycra acetate dari gentian semulajadi. Fabrik yang lebih selesa pastinya menjadi keutamaan pelanggan. Di SSH, kami bukan hanya menjual fabrik untuk mendapat untung tetapi kami lebih menitikberatkan hubungan pernigaan dengan pelanggan. Mengikut falsafah Tiong Hua, kejujuran dalam urusniaga menjadi teras kejayaan sesebuah perniagaan. kami juga banyak berkongsi tip dan pengalaman kepada pelanggan sebelum mereka mula membuat pilihan dan pembelian".


IMG-20230622-WA0158IMG-20230622-WA0161IMG-20230622-WA0157IMG-20230622-WA0160IMG-20230622-WA0159


ssh nona magazine-38ssh nona magazine-37ssh nona magazine-36ssh nona magazine-35ssh nona magazine-34ssh nona magazine-33ssh nona magazine-32ssh nona magazine-31ssh nona magazine-30ssh nona magazine-29ssh nona magazine-28ssh nona magazine-27ssh nona magazine-26ssh nona magazine-25ssh nona magazine-24ssh nona magazine-23ssh nona magazine-22ssh nona magazine-21ssh nona magazine-20ssh nona magazine-19ssh nona magazine-18ssh nona magazine-17ssh nona magazine-16ssh nona magazine-15ssh nona magazine-14ssh nona magazine-13ssh nona magazine-12ssh nona magazine-11ssh nona magazine-10ssh nona magazine-9ssh nona magazine-8ssh nona magazine-7